Langkau ke kandungan
DapurKita
DapurKita
Toggle sidebar
Nasi

Nasi Lemak

oleh Dapur Aisyah · W.P. Kuala Lumpur

Nasi lemak gerai tepi jalan yang saya cuba tiru di rumah. Kuncinya ialah nasi yang lemak tetapi tidak berminyak.

  • Sarapan
Mula Mod Memasak
Nasi Lemak
Penyediaan
20 minit
Memasak
40 minit
Hidangan
4 orang
Kesukaran
Sederhana
Tahap pedas
Pedas
Anggaran kos
RM 20.00

9 orang sudah memasak resepi ini

4.0 daripada 9 penilaian orang yang sudah memasak

Tiada bahan tidak halal dikesan Label berdasarkan data bahan, bukan pensijilan halal.

Bahan

Untuk 4 orang

  • 3 cawan Beras, dibasuh
  • 400 ml Santan
  • 3 helai Daun pandan, disimpul
  • 2 cm Halia, dihiris
  • 1 batang Serai, diketuk Pilihan
  • 2 cawan Air
  • 1 sk Garam

Sambal

  • 4 sb Cili kisar
  • 6 biji Bawang merah, dikisar
  • 1 sk Asam jawa
  • 2 sb Gula
  • 4 sb Minyak masak

Hidangan sampingan

  • 4 biji Telur, direbus Pilihan
  • ½ cawan Ikan bilis, digoreng Hiasan
  • ½ cawan Kacang tanah, digoreng Hiasan
  • 1 biji Timun, dihiris Hiasan

Mengandungi alergen: Ikan, Kacang tanah dan Telur.

  1. Basuh

    Langkah 1: Basuh beras hingga air jernih.

  2. Masak

    Langkah 2: Masukkan beras, santan, air, garam, halia, serai dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak hingga tanak.

    Tunggu 25 minit

  3. Tumis

    Langkah 3: Untuk sambal, tumis bawang merah kisar dan cili kisar hingga pecah minyak.

    Tunggu 15 minit

  4. Kacau

    Langkah 4: Masukkan air asam jawa, gula dan garam ke dalam sambal. Kacau hingga pekat.

  5. Hidang

    Langkah 5: Hidang nasi bersama sambal, telur rebus, timun, kacang tanah dan ikan bilis goreng.

Petua dan penggantian

Masukkan sedikit halia dan serai semasa menanak nasi supaya baunya lebih harum.

  • Tiada Cili kisar? Guna Cili kering. Rendam cili kering dalam air panas, kemudian kisar.
  • Tiada Asam jawa? Guna Asam gelugur. Asam gelugur memberi rasa masam yang lebih lembut.