Langkau ke kandungan
DapurKita
DapurKita
Toggle sidebar
Nasi

Nasi Kerabu

oleh Dapur Zulkifli · Kelantan · Resepi warisan

Nasi biru dengan ulam segar dan serunding ikan, sarapan kegemaran arwah ayah setiap kali singgah di Kota Bharu.

  • Masakan negeri
  • Warisan
  • Sarapan
Mula Mod Memasak
Nasi Kerabu
Foto: Brownc · CC BY-SA 4.0 · Wikimedia Commons
Penyediaan
30 minit
Memasak
30 minit
Hidangan
4 orang
Kesukaran
Sederhana
Tahap pedas
Sedikit pedas
Anggaran kos
RM 25.00

5 orang sudah memasak resepi ini

3.8 daripada 5 penilaian orang yang sudah memasak

Tiada bahan tidak halal dikesan Label berdasarkan data bahan, bukan pensijilan halal.

Bahan

Untuk 4 orang

  • 2 cawan Beras, dibasuh
  • 20 kuntum Bunga telang, direndam dalam air panas
  • 3 cawan Air

Serunding ikan

  • 4 ekor Ikan kembung, dibakar dan diambil isi
  • 1 cawan Kelapa parut
  • 3 sb Kerisik
  • 4 biji Bawang merah
  • 1 sb Gula
  • secukup rasa Garam

Ulam

  • 1 genggam Daun kesum, dihiris halus
  • 1 kuntum Bunga kantan, dihiris halus
  • 1 batang Serai, dihiris halus
  • 1 cawan Taugeh
  • 1 helai Daun kunyit, dihiris halus Pilihan
  • 4 batang Kacang panjang, dihiris halus Pilihan
  • 1 biji Timun, dihiris Hiasan

Mengandungi alergen: Ikan.

  1. Rendam

    Langkah 1: Rendam bunga telang dalam air panas, kemudian tapis untuk mendapatkan air biru.

    Tunggu 10 minit

  2. Masak

    Langkah 2: Masak beras dengan air bunga telang hingga tanak.

    Tunggu 25 minit

  3. Tumbuk

    Langkah 3: Tumbuk isi ikan bersama kelapa parut, kerisik, bawang merah, garam dan gula hingga menjadi serunding basah.

  4. Potong

    Langkah 4: Hiris halus semua ulam: daun kesum, bunga kantan, serai, daun kunyit dan kacang panjang.

  5. Hidang

    Langkah 5: Hidang nasi biru bersama ulam, taugeh, timun dan serunding ikan. Gaul sebelum dimakan.

Petua dan penggantian

Hiris ulam sehalus mungkin supaya rasa dan bau setiap daun sebati dengan nasi.