Langkau ke kandungan
DapurKita
DapurKita
Toggle sidebar
Mi, Bihun & Laksa

Laksa Utara

oleh Dapur Kavitha · Kedah

Laksa berkuah ikan yang masam dan pedas, dimasak setiap kali musim hujan di kampung suami di Alor Setar.

  • Masakan negeri
  • Berkuah
Mula Mod Memasak
Laksa Utara
Foto: Ronggy · Public domain · Wikimedia Commons
Penyediaan
30 minit
Memasak
45 minit
Hidangan
5 orang
Kesukaran
Sederhana
Tahap pedas
Pedas
Anggaran kos
RM 30.00

4 orang sudah memasak resepi ini

4.3 daripada 4 penilaian orang yang sudah memasak

Semak status produk Label berdasarkan data bahan, bukan pensijilan halal.

Bahan

Untuk 5 orang

  • 500 g Mi laksa
  • 500 g Ikan kembung
  • 4 keping Asam gelugur
  • 2 l Air
  • 2 sb Gula
  • secukup rasa Garam

Bahan kuah

  • 4 sb Cili kisar
  • 10 biji Bawang merah
  • 1 sk Belacan
  • 2 batang Serai
  • 1 kuntum Bunga kantan, dibelah
  • 1 genggam Daun kesum

Hiasan

  • 1 biji Timun, dihiris halus Hiasan
  • ¼ biji Nanas, dihiris halus Hiasan
  • 1 biji Bawang besar, dihiris Hiasan
  • 2 biji Cili merah, dihiris Hiasan
  • 1 genggam Daun pudina Hiasan

Mengandungi alergen: Ikan dan Krustasea.

  1. Rebus

    Langkah 1: Rebus ikan kembung bersama asam gelugur. Angkat ikan, asingkan isinya dan simpan air rebusan.

    Tunggu 10 minit

  2. Kisar

    Langkah 2: Kisar bawang merah, belacan dan serai. Masukkan ke dalam air rebusan bersama cili kisar, bunga kantan dan daun kesum.

  3. Renih

    Langkah 3: Masukkan isi ikan yang dihancurkan. Renih hingga kuah pekat, kemudian perasakan dengan garam dan gula.

    Tunggu 30 minit

  4. Rebus

    Langkah 4: Celur mi laksa dalam air panas dan toskan.

  5. Hidang

    Langkah 5: Hidang mi dengan kuah dan hirisan timun, nanas, bawang besar, cili merah serta daun pudina.

Petua dan penggantian

Hancurkan isi ikan sehalus mungkin supaya kuah menjadi pekat tanpa perlu tepung.

  • Tiada Asam gelugur? Guna Asam jawa. Gunakan 1 sudu besar air asam jawa pekat bagi setiap 2 keping asam gelugur.
  • Tiada Cili kisar? Guna Cili kering. Rendam cili kering dalam air panas, kemudian kisar.