Langkau ke kandungan
DapurKita
DapurKita
Toggle sidebar
Kuih-muih

Kuih Ketayap

oleh Dapur Aisyah · Resepi warisan

Kuih minum petang yang mak ajar sejak saya kecil. Kulit hijau pandan yang nipis dengan inti kelapa gula melaka.

  • Warisan
  • Minum petang
Mula Mod Memasak
Kuih Ketayap
Foto: Sitt Mulya · CC BY-SA 4.0 · Wikimedia Commons
Penyediaan
30 minit
Memasak
30 minit
Hidangan
15 orang
Kesukaran
Sederhana
Tahap pedas
Tidak pedas
Anggaran kos
RM 15.00

7 orang sudah memasak resepi ini

4.1 daripada 7 penilaian orang yang sudah memasak

Tiada bahan tidak halal dikesan Label berdasarkan data bahan, bukan pensijilan halal.

Bahan

Untuk 15 orang

Kulit

  • 1½ cawan Tepung gandum
  • 1 biji Telur
  • 375 ml Santan
  • 6 helai Daun pandan, dikisar dan diambil jus
  • 1 secubit Garam
  • sedikit Minyak masak, untuk menyapu kuali

Inti

  • 2 cawan Kelapa parut
  • 150 g Gula melaka
  • 2 sb Gula
  • 1 helai Daun pandan, disimpul
  • ½ cawan Air
  • 1 secubit Garam

Mengandungi alergen: Gandum dan Telur.

  1. Masak

    Langkah 1: Masak gula melaka, gula dan air hingga larut. Masukkan kelapa parut, daun pandan dan secubit garam. Kacau hingga kering, kemudian sejukkan.

    Tunggu 10 minit

  2. Kisar

    Langkah 2: Kisar daun pandan dengan sedikit air dan tapis untuk mendapatkan jus.

  3. Kacau

    Langkah 3: Pukul telur, masukkan santan, jus pandan dan garam. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin. Rehatkan bancuhan.

    Tunggu 15 minit

  4. Masak

    Langkah 4: Sapu sedikit minyak pada kuali leper. Tuang satu senduk bancuhan, ratakan nipis dan masak hingga kering.

    Tunggu 1 minit

  5. Sediakan

    Langkah 5: Letakkan sesudu inti di atas kulit dan gulung seperti popia.

Petua dan penggantian

Rehatkan bancuhan kulit supaya lebih lembut dan tidak mudah koyak semasa digulung.

  • Tiada Gula melaka? Guna Gula. Rasa dan warna akan lebih cerah; tambah sedikit gula perang jika ada.