Langkau ke kandungan
DapurKita
DapurKita
Toggle sidebar
Kudapan Petang

Cucur Udang

oleh Dapur Zulkifli · Kelantan

Kudapan petang paling laku di gerai depan rumah. Rangup di luar, lembut di dalam.

  • Bajet jimat
  • Minum petang
Mula Mod Memasak
Cucur Udang
Foto: Dr.Francostein1975 · CC BY-SA 4.0 · Wikimedia Commons
Penyediaan
15 minit
Memasak
20 minit
Hidangan
4 orang
Kesukaran
Mudah
Tahap pedas
Sedikit pedas
Anggaran kos
RM 15.00

5 orang sudah memasak resepi ini

3.8 daripada 5 penilaian orang yang sudah memasak

Tiada bahan tidak halal dikesan Label berdasarkan data bahan, bukan pensijilan halal.

Bahan

Untuk 4 orang

  • 2 cawan Tepung gandum
  • 200 g Udang, dibuang kulit
  • 1 biji Bawang besar, dihiris
  • 2 batang Daun bawang, dihiris
  • 1 cawan Taugeh Pilihan
  • ½ sk Serbuk kunyit
  • 1 sk Garam
  • 1½ cawan Air
  • untuk menggoreng Minyak masak

Mengandungi alergen: Gandum dan Krustasea.

  1. Kacau

    Langkah 1: Campurkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga menjadi bancuhan pekat.

  2. Kacau

    Langkah 2: Masukkan udang, bawang besar, daun bawang dan taugeh. Gaul rata.

  3. Rehat

    Langkah 3: Rehatkan bancuhan supaya cucur lebih rangup.

    Tunggu 10 minit

  4. Goreng

    Langkah 4: Panaskan minyak. Goreng sesudu demi sesudu bancuhan hingga keemasan.

    Tunggu 15 minit

  5. Hidang

    Langkah 5: Toskan minyak dan hidang bersama sos cili.

Petua dan penggantian

Pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng supaya cucur tidak menyerap minyak.