Langkau ke kandungan
DapurKita
DapurKita
Toggle sidebar
Lauk-pauk

Ayam Masak Merah

oleh Dapur Aisyah · Johor

Lauk wajib setiap kali kenduri di rumah mak. Rasanya manis, masam dan sedikit pedas, jadi budak-budak pun suka.

  • Lauk kampung
  • Kenduri
Mula Mod Memasak
Ayam Masak Merah
Foto: Ahmad Shazlan · CC0 · Wikimedia Commons
Penyediaan
20 minit
Memasak
40 minit
Hidangan
6 orang
Kesukaran
Sederhana
Tahap pedas
Sedikit pedas
Anggaran kos
RM 30.00

6 orang sudah memasak resepi ini

4.0 daripada 6 penilaian orang yang sudah memasak

Tiada bahan tidak halal dikesan Label berdasarkan data bahan, bukan pensijilan halal.

Bahan

Untuk 6 orang

  • 1½ kg Ayam, dipotong 12
  • 5 sb Cili kisar
  • 3 biji Tomato, dikisar
  • 1 batang Serai, diketuk
  • 1 biji Bawang besar, dihiris bulat Hiasan
  • 1 cawan Minyak masak, untuk menggoreng
  • 2 sb Gula
  • secukup rasa Garam

Perapan

  • 1 sk Serbuk kunyit

Bahan kisar

  • 6 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 cm Halia

Rempah tumis

  • 1 batang Kayu manis
  • 1 biji Bunga lawang
  • 3 biji Cengkih
  1. Perap

    Langkah 1: Perap ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

    Tunggu 15 minit

  2. Goreng

    Langkah 2: Goreng ayam separuh masak, kemudian angkat dan toskan.

  3. Tumis

    Langkah 3: Dengan baki minyak, tumis rempah tumis dan serai. Masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.

    Tunggu 15 minit

  4. Masak

    Langkah 4: Masukkan tomato kisar dan sedikit air. Masak hingga kuah pekat.

  5. Kacau

    Langkah 5: Masukkan ayam, gula dan garam. Gaul rata dan masak hingga kuah melekat pada ayam.

    Tunggu 10 minit

  6. Hidang

    Langkah 6: Tabur hirisan bawang besar sebelum api ditutup.

Petua dan penggantian

Goreng ayam separuh masak sahaja supaya isinya kekal lembut selepas dimasak dengan kuah.

  • Tiada Cili kisar? Guna Cili kering. Rendam cili kering dalam air panas, kemudian kisar.